Thursday, 5 October 2017

Syarikat Enterprise Tidak Perlu Di Audit

Teks: Hazwani Abd Hamid

Image result for bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, 

Usahawan di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, di mana sehingga Ogos 2017, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 57,072 permohonan pendaftaran untuk memulakan perniagaan.

Untuk bermula, anda yang mendaftarkan perniagaan di bawal label enterprise harus tahu 5 perkara penting berikut:

PEMILIK TUNGGAL & RAKAN KONGSI

Anda yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan merupakan PEMILIK syarikat jika didaftarkan dengan nama seorang, manakala digelar RAKAN KONGSI apabila berdaftar dengan nama pemilik lebih dari seorang. Berbeza dari jenis syarikat Sendirian Berhad, anda digelar Pemegang Saham Syarikat.

GAJI PEMILIK PERNIAGAAN

Duit yang di ambil daripada perniagaan jenis milikan tunggal akan di kira sebagai ambilan pemilik. Jika direkodkan sebagai gaji, ianya tidak boleh dikira untuk pengiraan cukai kerana perlu ditambah balik. Duit perniagaan adalah duit pemilik, tiada pengisytiharan gaji pengarah atau pengurus jika anda membayar gaji kepada diri sendiri.

BORANG CUKAI

Sebagai pemilik perniagaan tunggal dan perkongsian, cukai anda adalah tertakluk kepada cukai perniagaan dan bukannya cukai pendapatan. Ianya dikira daripada jumlah pendapatan bercukai anda dan perlu menghantar BORANG CUKAI B (individu yang menjalankan perniagaan). Manakala Sdn Bhd pula melihat kepada berapa jumlah gaji yang ambil dalam syarikat, itu dinamakan Cukai Pendapatan. 

HUTANG SYARIKAT

Pemilik perniagaan perlu bertanggungjawab terhadap semua hutang piutang syarikat walaupun syarikat telah tutup operasi perniagaan. Ini kerana pemilik menanggung liabiliti tidak terhad dan perlu membayar hutang tersebut walaupun menggunakan duit peribadi dan jika pemilik meninggal dunia, maka hutang piutang tersebut turut tidak dapat dituntut.

TIDAK PERLU DIAUDIT

Syarikat di bawah label enterprise tidak perlu diaudit. Tiada undang-undang yang mensyaratkan anda perlu di audit setiap tahun. Anda perlu jelas perkara ini sebelum ada orang lain yang mengambil kesempatan. Tanggungjawab syarikat Enterprise adalah memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun di SSM, menyediakan laporan kewangan dan menyerahkan borang cukai yang berkenaan kepada LHDN. Ada dijelaskan selanjutnya di dalam Topik: Asas Akaun Bisnes.


Ilmu ini jarang dikongsi secara umum, ramai yang yang terhantuk dinding bertahun-tahun sebelum tahu kebenarannya. Moga jadi panduan mereka yang baru mahu bula bisnes.

Semoga Bermanfaat!







========================================
KELAS ASAS BISNES ==> Whatapps 0179895898





Tuesday, 26 September 2017

5 Cara Bisnes Untuk Kekal Bersaing

Teks: Hazwani Abd Hamid

Image result for bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera, 

Mungkin ramai dah tahu tentang apa yang saya nak tulis hari ini, tapi ramai juga yang abaikan. Sampai satu masa, anda akan rasa terdesak, tersepit dan mungkin bertindak untuk tutup syarikat. Perkara ini sudah selalu terjadi, sayangnya bila perkara itu terjadi apabila anda susah tidak seaktif dulu dan pasaran kian tenat.

Tahukah Anda?

"Setiap syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia WAJIB menyiapkan laporan akaun dan isytihar cukai setiap tahun walaupun RUGI atau TIDAK AKTIF"


Walau apa pun alasan anda, pihak berwajib telah mendengar mungkin lebih dari 1001 alasan yang bagi mereka ianya adalah biasa dan sama. Jadi, hari ini saya akan kongsikan 5 cara yang betul untuk anda kekal bersaing dalam dunia perniagaan dan bersedia bila-bila untuk diaudit oleh syarikat berwajib seperti SSM, LHDN & Kastam.

  1. BUKA AKAUN BANK PERNIAGAAN - Ini bukan sahaja meningkatkan professionalisme syarikat anda tetapi juga memudahkan anda track duit keluar masuk dan ianya adalah satu tanda aras untuk menentukan jumlah cukai yang anda perlu bayar sebenarnya.
  2. SIMPAN RESIT & BUKTI TRANSAKSI - Perkara ini amat mudah tapi kita ini banyak sangat huruf M dalam diri kita. Biar susah dahulu, senang kemudian. Ambil masa seminggu sekali atau sebulan sekali untuk buat kerja filing. Ada satu klien saya gajikan kerani part time, di mana setiap bulan dia akan bagi dua guni resit kepada kerani tersebut untuk dia tampal & filing, sebab dia sedar bergunanya resit itu satu hari nanti. 
  3. SEDAR TENTANG TARIKH AKHIR (DEADLINE) - Setiap syarikat yang berdaftar dengan SSM mempunyai tarikh akhir untuk mereka rekod akaun, hantar borang cukai & bayar cukai setiap tahun. PENTING: Syarikat yang berdaftar sebagai pemilik tunggal & perkongsian mempunyai tarikh yang sama iaitu 30 Jun setiap tahun.
  4. JANGAN BUAT SALAH - Bila anda tahu peraturan, anda akan berhati-hati untuk tidak langgar peraturan. Kesalahan yang kita rasa kecil seperti lambat hantar borang cukai atau Kastam mungkin menjadikan kita gelisah apabila melihat amaun penalti yang kita perlu bayar. Salah seorang klien saya juga telah dikenakan denda lewat hantar borang GST sebanyak 13 kali lewat. Satu submission lewat beliau perlu membayar RM1500 yang keseluruhannya berjumlah RM19,500 tanpa ansuran dan bayaran yang hanya diterima adalah tunai.
  5. REKOD TRANSAKSI BISNES - Sebagai pendiri bisnes anda mesti serba tahu walaupun subjek anda paling tidak minat di sekolah adalah matematik atau prinsip akaun. Rekod setiap transaksi perniagaan anda walaupun hanya dalam excel. Setiap tahun anda boleh guna rekod excel tersebut dengan mendapatkan bantuan pegawai LHDN untuk membuat pengiraan cukai ataupun kepada akauntan untuk jadikan laporan anda lebih tepat dan sahih.
Jadilah kita yang terbaik dari semalam, sebab semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan.

Semoga bermanfaat!





==============================================================
Kelas Asas Bisnes ==> Whatapps 0179895898

Sunday, 17 September 2017

Kira GST Secara Manual

Teks: Hazwani Abd Hamid

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya akan share topik berkenaan GST, bagaimana cara kita untuk mengiranya secara manual. Boleh ke? Mesti lah boleh tetapi kena padankan dengan dokumen sebagai bukti. Jadi, saya akan kongsikan langkah demi langkah untuk anda kira GST secara manual.

ASINGKAN DOKUMEN BISNES ANDA


Bagi memastikan rekod dibuat dengan betul, anda perlu adakan 3 jenis fail berikut iaitu:


  1. Fail Invois Jualan - Setiap Invois kepada pembeli adalah WAJIB anda simpan dan mengikut susunan nombor. Pastikan Invois anda adalah salinan yang sama diberikan kepada pembeli dan mengikut format GST yang dibenarkan.
  2. Fail Invoice Belian - Invois pembekal yang dikenakan GST boleh dituntut, makanya setiap Invois tersebut perlu disusun mengikut tarikh belian dibuat. Pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Kastam dan jumlah yang dituntut adalah betul iaitu 6% dan barangan itu adalah barangan "Standard Rated Supply"
  3. Fail Invoice Tunai - Kebiasannya resit-resit petrol, kedai runcit dan restoran disertakan di dalam claim pengarah atau supervisor. Makanya, anda boleh asingkan untuk tujuan tuntutan GST setiap bulan atau suku tahunan. Pastikan "simpilified tax invoice" yang melebihi RM30 anda tuntut "Full Tax Invoice" dari syarikat yang terbabit.
Fail-fail ini perlu disusun berasingan mengikut period yang anda perlu hantar ke Kastam samaada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali. Ini bagi memudahkan pihak berwajib melakukan semakan atau lawatan untuk kerja-kerja audit.

REKOD GUNA EXCEL

Setelah siap semua dokumen anda letak dalam fail yang betul, anda boleh mula kira GST secara manual. Sebelum itu, anda perlu tahu kod-kod GST yang biasanya digunakan. Anda perlu gunakan secara betul dan jika salah anda boleh dikatakan melakukan fraud oleh pihak Kastam.

Perekodan manual adalah digalakkan untuk anda menggunakan Excel sebagai medium. Tidak kira bagaimana format yang mahu anda guna tetapi perkara-perkara yang disenaraikan dibawah perlu ada dalam kiraan manual anda iaitu:

  1. Tarikh - Letak tarikh dokumen yang betul dan hanya masukkan Invois yang berkenaan sahaja. Invois jualan bertarikh Januari perlu ada pada bulan Januari sahaja.
  2. Nama Syarikat - Pastikan nama syarikat di"declare" dengan betul & jika anda menuntut GST, pastikan syarikat itu benar-benar berdaftar dengan KASTAM.
  3. No Invois - Masukkan No Invois yang sama dokumen yang anda filing. Lakukan semakan ulangan supaya anda tidak merekod satu invois lebih dari sekali
  4. Amaun GST - Amaun GST yang anda tuntut juga perlulah betul kiraanya iaitu 6% dan sama dengan dokumen yang anda rujuk. Jika kiraan GST adalah berbeza, anda perlu rujuk dengan pembekal untuk pembetulan.
  5. Kod GST - GST Ouput adalah nilai GST yang anda kutip dari pelanggan, manakala GST Input adalah nilai GST yang anda bayar kepada pembekal atau dengan kata lain GST boleh tuntut.
  6. Rumusan - Dalam kolum rumusan ini anda akan tahu samaada syarikat anda perlu bayar GST atau boleh tuntut GST.
CUKAI OUTPUT
CUKAI INPUT

SUMMARY
Mudah bukan? Namun perekodan manual ini tidak digalakkan untuk syarikat yang mempunyai transaksi yang banyak dan melibatkan belian atau jualan dari luar negara. 

Nak template GST ini? Tinggalkan email & nama anda di komen di bawah.


Semoga Bermanfaat! Kongsikan di FB anda & TAG FB: Kelas Akaun Bisnes ;-)

IG: kelas_akaun_bisnes
IG: amssb_official

Monday, 20 March 2017

Pengenalan Perakaunan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Untuk permulaan, mari kita lihat apakah itu PERAKAUNAN, mengapa ianya penting dan apa kegunaan rekod perakaunan untuk sesebuah syarikat atau perniagaan. Perakaunan adalah rekod transaksi urusniaga harian syarikat untuk sesuatu tempoh. Laporan kewangan yang lengkap terdiri daripada Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira, Imbagan Duga, Penyata Penyesuaian Bank dan lejer.

Di Malaysia, rekod perakaunan yang telah lengkap direkod perlu di Audit oleh badan Juruaudit luar yang berdaftar dengan Malaysia Institute of Accountant (MIA). Ianya bagi memastikan rekod kewangan tersebut direkod dengan tepat dan dijalankan dengan berhemah serta mengikuti Standard Perakaunan Malaysia.

              Selain itu, rekod perakaunan ini juga akan digunakan bagi tujuan pengiraan cukai setiap tahun semasa. Pendapatan atau keuntungan syarikat perlu diisytiharkan setiap tahun ke Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan dokumen-dokumen sokongan wajib disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh transaksi. Kegagalan dalam menyimpan dokumen yang berkaitan membolehkan pemilik dikenakan penalti dan penjara jika berkenaan.

“Semua perniagaan yang berdaftar dengan SSM,
perlu isytihar pendapatan dengan LHDN setiap tahun”
             
              Rekod perakaunan tidak hanya tertakluk untuk kegunaan Audit dan LHDN tetapi juga untuk kegunaan pihak pengurusan syarikat. Antara fungsi atau kegunaan laporan akaun adalah untuk memudahkan syarikat menjangka pulangan atau kerugiaan untuk tahun semasa. Jika akan wujudnya keuntungan maka syarikat perlu mengemukakan borang CP204 bagi anggaran cukai tahun semasa.

              Kesilapan dalam nilai anggaran, syarikat mungkin akan dikenakan penalti yang ditetapkan oleh LHDN. Laporan akaun yang dikemaskini juga memberi kelebihan kepada syarikat untuk memohon mana-mana pinjaman dari institusi kewangan yang berdaftar atau mungkin juga bagi tujuan mendapatkan geran dan kontrak-kontrak kerajaan.

              Dengan adanya laporan akaun yang tepat juga membolehkan syarikat mengesan perkara-perkara yang tidak diingini seperti salah guna kuasa, pecah amanah atau rasuah. Tanggungjawab peniaga untuk mengetahui apa yang berlaku supaya diri anda tidak terjerat oleh laporan anda sendiri.

              Pihak berwajib seperti LHDN, Kastam atau SKMM mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman mengikut jenis industri perniagaan. Mereka tahu segala selok-belok dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya; Seorang doktor yang menerima bayaran perkhidmatan yang terus masuk ke akaun peribadi tetapi tidak dilaporkan pada tahun semasa. Mereka tahu pendapatan tertentu yang tidak masuk secara langsung ke akau klinik. Dari situ, pemilik tidak boleh mengelak lagi malah perlu membayar cukai tertunggak secara lump sum.


              Biarpun akaun ini membosankan dan mengelirukan, jika anda mahu “kaya” dan “berjaya” dalam jangka panjang, subjek AKAUN perlu jadi subjek penting anda. Jabatan Akaun perlu jadi jabatan eksklusif anda. Pilih personnel yang betul-betul berkaliber untuk masuk ke syarikat anda. Salah pilih syarikat anda mungkin akan bermasalah satu hari nanti. 

Penting ke tidak perakaunan ini? Tepuk dada, tanya diri :)

Semoga bermanfaat!


Saturday, 4 March 2017

Kira Cukai Pendapatan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Salam Sabtu buat semua. Semoga diberi kesihatan yang baik dan diberkati-Nya. Insya-Allah..

Hari ini saya nak kongsikan tentang CUKAI, ianya digelarkan sebagai bulan Cukai dari Mac sehingga 30 Jun setiap tahun. Cukai yang dibayar pada tahun ini adalah berdasarkan pendapatan individu pada tahun sebelumnya. Jom kita ambil tahu!

Apa itu CUKAI?

 - Secara asas, cukai adalah duit yang kita perlu bayar kepada pemerintah untuk kegunaan pembangunan negara. Ada pelbagai jenis cukai yang mungkin dikenakan oleh pemerintah. Antaranya ialah Cukai Pendapatan, Cukai Perniagaan, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan sebagainya.
- Badan yang ditugaskan untuk memantau aktiviti percukaian di Malaysia adalah Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)

Siapa yang layak dikenakan CUKAI?

- Mulai tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Individu yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Borang yang perlu dihantar ke LHDN?

- Borang BE untuk individu yang mendapatkan pendapatan penggajian (a.k.a makan gaji)
- Borang B untuk individu yang ada pendapatan bukan penggajian (bisnes ent/pemilik tunggal)
- Borang P untuk pendapatan perniagaan jenis perkongsian
- Borang PT untuk perniagaan yang didaftarkan dibawah PLT
- Borang E adalah borang Majikan mengisytiharkan bilangan pekerja dalam tahun semasa (Sdn Bhd)
- Borang C& R untuk syarikat Sdn Bhd

Bilakah tarikh-tarikh penting pembayar cukai?

- Borang BE 30 April
- Borang B 30 Jun
- Borang E 31 Mac
- Borang C & R 6 bulan selepas tutup akaun

Bagaimana untuk mengurangkan cukai?

- Pelepasan-pelepasan yang dibenarkan oleh LHDN ==> PELEPASAN

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke LHDN?

 - Kesemua dokumen dan resit-resit tidak perlu dihantar ke LHDN, anda hanya perlu simpan kesemua resit tersebut selama 7 tahun untuk di audit oleh pihak LHDN pada bila-bila masa.

Bagaimana untuk menghantar borang CUKAI?

- Mulai tahun ini, kesemua pembayar cukai perlu menghantar Borang Cukai melalui e-filing iaitu perkhidmatan dalam talian.
- Anda belum mendaftar? DAFTAR ONLINE sekarang.

Bagaimana untuk mengira CUKAI anda?

- Pengiraan cukai individu adalah berdasarkan kepada Borang EA anda. Pendapatan penggajian tahunan anda akan di tambah dengan pendapatan-pendapatan lain seperti pendapatan sewa, royalti, dividen, komisen dan lain-lain lagi.
- Pendapatan terkumpul ini akan ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang anda layak sebelum anda tahu berapakan pendapatan bercukai anda.
- Kadar cukai berjadual boleh di semak di SINI 

Adakah anda individu yang menjalankan perniagaan? 

Syarikat saya ada menawarkan khidmat pengiraan cukai perniagaan (Borang B) PERCUMA! jika anda mengambil khidmat akaun kami.

Tawaran ini TERHAD kepada individu yang whatapps terawal ke nombor 0173000986 dengan kos PERCUMA LHDN.

Insya-Allah usaha kecil ini boleh membantu meringankan beban untuk peniaga-peniaga kecil di negara kita ini. Untuk individu bergaji, anda boleh walk-in ke mana cawangan LHDN untuk dapat khidmat nasihat PERCUMA untuk tatacara menggunakan khidmat e-filing.

Sekian.

Semoga membantu!