Tarikh Perakaunan Syarikat

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mengetahui tempoh perakaunan adalah perkara utama yang perlu diambil tahu sebelum anda mula merekod akaun bisnes. Tempoh perakaunan perniagaan adalah 12 bulan iaitu setahun.

Sekiranya anda menggunakan sistem untuk merekod, kesalahan dalam memasukkan tempoh perakaunan mungkin mengakibatkan anda untuk merekod semula semua transaksi dari mula.





Bagaimana untuk menyemak tempoh perakaunan? 


SEMAK JENIS PERNIAGAAN ANDA

Lihat label perniagaan anda, enterprise, plt ataupun Sdn Bhd. Setiap label mempunyai cara yang berbeza untuk menentukan tempoh perakaunan.


TARIKH DITUBUHKAN

Jika anda berlabel Enterprise iaitu milikan tunggal dan Perkongsian, anda berkongsi tempoh perakaunan yang sama iaitu 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. Tidak kira bila tarikh anda mula mendaftarkan perniagaan, ianya tetap akan tutup pada 31 Disember.

Sekiranya perniagaan berlabel Sdn Bhd atau PLT, anda mungkin mempunyai tempoh perakaunan yang unik berbanding syarikat lain kerana penetapan ini bergantung pada tahun pertama perniagaan dan tahun ianya ditubuhkan.

Anda yang berlabel Sdn Bhd boleh memilih untuk tahun pertama, bulan yang akan ingin tutup akaun. Sekiranya anda memilih bulan Jun 2018, maka tahun kedua akan bermula dengan 01 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2019.


TIPS PENENTUAN TEMPOH PERAKAUNAN SDN BHD

Beberapa tips untuk anda yang memegang label Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dalam menentukan tempoh perakaunan syarikat anda. Ini kerana anda mempunyai masa 7 bulan selepas selesai tempoh perakaunan untuk menyiapkan laporan akaun, laporan audit dan laporan cukai. 

Yang menjadikan ianya perlu diberi perhatian adalah kerana proses audit yang panjang. Anda mungkin boleh guna beberapa tips ini untuk syarikat anda.


  1. Pilih tempoh waktu yang tidak sibuk. Kebiasaannya mereka yang mempunyai "year end" Disember terpaksa bersengkang mata dan berdebar-debar bagi memastikan mereka mampu menyiapkan akaun mereka pada waktu yang ditetapkan.
  2. Lihat aktiviti perniagaan anda, sekiranya aktiviti perniagaan anda melibatkan kemasukan pelajar sekolah yang masuk bulan Januari dan berakhir Disember adalah lebih afdal, "year end" anda juga pada bulan Disember
  3. Bulan-bulan yang kurang sibuk adalah bila ada tutup akaun syarikat bulan April sehingga Oktober. 
  4. Sekiranya telah ditetapkan pada bulan Disember, pastikan laporan akaun anda dapat disiapkan paling lewat adalah pada awal bulan Februari.

Semoga bermanfaat!





Post a Comment

0 Comments